1. Kerajaan Abdullah Badawi sebelum ini beria-ia membangunkan projek mega diseluruh negara macam negara memang mempunyai banyak wang untuk dibelanjakan. Dengan ecer nya dengan Iskandar Malaysianya dengan projek Di pulau pinangnya di sabahnya di serawaknya ibarat duit tiada masaalah untuk dibelanjakan berbilion-bilon ringgit.
2. Tidakah sebelum Paklah beria-ia tentang projek meganya memikirkan baki simpanan wang negara cukup atau tidak untuk menampung segala kemungkinan seperti kenaikan harga petrol seluruh dunia.
3. Kini kenaikan harga petrol dunia yang mencanak dikatakan memberi kesan kepada kewangan negara. Tidakah pelik bunyinya. Petrol dunia naik kata kerajaan tidak boleh menanggung subsidi minyak kepada rakyat. Mana pergi wang berbilion simpanan negara?
4. OK projek mega sudah dihentikan. Sepatutnya bila projek mega dihentikan serta merta bermakna wang yang disalurkan ke projek tersebut bolehlah menampung subsidi minyak negara tetapi berlainan pula situasinya. Kenaikan minyak tetap tidak berganjak sebanyak 0.78 sen seliter dan disel rm1 seliter. Bermaksud duit peruntukan untuk projek mega masih tidak boleh menampung kenaikan harga minyak serantau. Pelik macam wang negara sudah habis secara total.. Wang simpanan hasil keuntungan petronal berpuluh bilion setahun itu sudah habis? Kemana perginya wang tersebut sebelum ni.. Itu saja rakyat ingin tahu kemana disalurkan keuntungan petronas tersebut.. Keuntungan cukai , keuntungan hasil simpanan..
5. Jika Abdullah Badawi seorang yang pandai ekonomi kalau sudah tahu wang negara tidak cukup untuk menampung subsidi minyak yang nyata akan meningkat dari masa ke semasa kenapa terus menghasilkan projek mega atau projek tersebut hanya diwar-warkan pada powerpoit semata-mata dan ianya sebenarnya hanya khayalan paklah?
6. Elaun Menteri dipotong cuma 10% sahaja.. Berbanding pendapatan campur elaun menteri-menteri kerajaan ini mencecah puluhan ribu ringgit sebulan.. Kenapa tidak potong lebih 50% biar mereka ini merasakan bagaimana penderitaan yang rakyat tanggung khususnya yang berpendapatan kecil dan sederhana.
7. Kenapa kenaikan harga petrol dibuat tergesa-gesa tanpa membuat perbincangan terlebih dahulu dengan pengusaha-pengusaha kenderaan pengangkutan. Jika ianya dibincang sudah sekian lama tidaklah pengusaha-pengusaha kenderaan pengangkutan merasa tertekan dengan kenaikan ini. Apakah tiada persediaan rapi oleh kerajaan untuk menaikan harga bahan bakar ini.
8. Apakah jika di biarkan lebih lama negara akan mengalami beban hutang yang lebih tinggi atau dengan menaikan haraga bahan bakar ini kerajaan boleh mendapatkan kembali keuntungan? Siapa yang untung? rakyat?
9. Kenapakah kerajaan terlalu berahsia dengan keuntungan Petronas? Apakah jika rakyat tahu ia akan menyebabkan pertikaian? Sebenarnya Petronas ni meniaga atau buat hutang? kalau meniaga mesti ada untungnya kalau rugi.. ermm tak logik meniaga minyak akan rugi. Apakah peranan Petronas dalam isu mengapungkan harga minyak dipasaran? Apa guna kita sebagai pengeluar minyak sedangkan rakyat sendiri menanggung beban petrol yang tinggi. Berbanggakah kita dengan kadar harga minyak kita masih lebih rendah dari negara serantau sedangkan rakyat terbeban dengan harga minyak yang begitu tinggi berbanding dengan pendapatan yang diterima? Larat ke rakyat untuk berbasikal sejauh 50KM sehari untuk ke tempat kerja? Sedangkan Menteri hanya duduk dibelakang limo tak perlu sentuh tombol pintu pun untuk naik kereta. Malah mungkin jarang menjejak kaki ke stesen minayak semua orang yang uruskan termasuk elaun minyak?
10. Kerajaan boros? Atau rakyat yang boros? betul ke?
Slogan BN...
"KITA SUDAH BERADA DI LANDASAN YANG BETOL"
Betol ke?.. Lu PK Sendili oo..
Wallahu'alam
Friday, June 27, 2008
Fakta Atau Auta..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment