Oleh SAFINA RAMLI
ALOR STAR 11 Jun – Pada saat kebanyakan peniaga makanan di seluruh negara ghairah menaikkan harga jualan masing-masing ekoran kenaikan harga minyak, pemilik sebuah kedai makan di Kuala Kedah dekat sini masih mengekalkan kadar bayaran RM2 untuk apa juga hidangan termasuk minuman.
Percaya atau tidak, itulah harga yang dikenakan oleh pemilik Kedai Makan RM2, Khalid Ahmad, 41, sejak memulakan perniagaan makanan kira-kira 20 tahun lalu.
Untuk satu hidangan, pelanggan boleh mengambil nasi putih bersama lauk seperti ikan, ayam, daging dan sayur-sayuran.
Harga RM2 untuk makanan itu juga termasuk minuman tanpa mengira ia sirap bandung, teh ais atau minuman panas.
Khalid memulakan perniagaannya seawal pukul 6 pagi kerana pada masa itu nelayan mula turun ke laut. Kedai itu hanya ditutup selepas pukul 5 petang.
selain nasi dengan beraneka jenis lauk antaranya ayam goreng, kari ikan, udang kunyit dan daging kicap, kedainya turut menjual laksa, bihun sup, mi sup dan kuetiau sup, juga pada harga RM2.
“Makanlah apa sahaja, harganya tetap RM2 untuk seorang pelanggan,”
Thursday, June 12, 2008
Makan apa saja, bayar cuma RM2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment