LONDON – Harga minyak menurun kepada AS$112 (RM373.40) setong semalam selepas satu ribut tropika melanda Teluk Mexico.
Minyak mentah Amerika Syarikat menurun AS$0.54 (RM1.79) kepada AS$112.33 (RM374.05) setong manakala minyak mentah London Brent jatuh AS$0.86 sen (RM2.86) kepada AS$111.08 (RM369.89).
Ribut tropika itu tidak membawa kemusnahan atau menjejaskan hab industri minyak AS di Teluk Mexico.
Kejatuhan penggunaan minyak di AS dan negara-negara maju lain ketika kelembapan ekonomi terus menyebabkan berlakunya tekanan ke atas harga.
Presiden Simpanan Persekutuan Dallas, Richard Fischer berkata kelmarin, pertumbuhan ekonomi China mampu mencetuskan permintaan tenaga. – Reuters
Wednesday, August 20, 2008
Minyak turun kepada AS$112
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment