BAGHDAD 5 Okt. - Dua helikopter tentera Amerika Syarikat (AS) terhempas ketika cuba mendarat di utara bandar ini, mengorbankan seorang tentera Iraq.
Jurucakap tentera AS, Leftenan Patrick Evans berkata, lima lagi anggota tentera turut cedera dalam nahas itu, masing-masing tiga tentera AS dan dua tentera Iraq.
"Kedua-dua helikopter jenis UH-60 Blackhawks itu terhempas ketika hendak mendarat di Combat Outpost Ford, daerah Adhamiya, utara Baghdad pada kira-kira pukul 8.55 malam tadi, waktu tempatan,'' katanya melalui e-mel kepada Reuters.
Evans berkata, setakat ini tidak dapat dipastikan bilangan anggota tentera yang berada dalam kedua-dua helikopter itu ketika nahas berlaku.
"Insiden itu dipercayai tidak ada kaitan dengan serangan udara daripada pihak musuh," katanya.
Jurukamera Reuters yang berada di daerah Sha'ab berhampiran Adhamiya berkata, dia melihat kedua-dua helikopter berpusing-pusing di udara sebelum terhempas.
Menurutnya, salah sebuah enjin helikopter itu mengeluarkan satu letupan kuat sebelum ia hilang kawalan lalu terhempas.
Polis Iraq mengesahkan insiden itu.
Menurut jurucakap polis, mereka masih mengumpulkan maklumat lanjut mengenai nahas tersebut.
Beliau juga berkata, satu pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan Iraq dan puak pemberontak berhampiran kawasan nahas.
SUMBER DARI EMAIL...
0 comments:
Post a Comment