Friday, October 24, 2008

Perginya "Hero" Gitar’

MALAYSIA kehilangan seorang lagi permata dalam bidang seni dengan pemergian pemain gitar utama kumpulan rock Lefthanded, Abdul Samad Mian semalam. Abdul Samad yang lebih dikenali dengan panggilan Samad Lefthanded menghembuskan nafas terakhir pada usia 45 tahun kira-kira jam 12.45 tengah hari setelah terjatuh ketika berada di pejabat abangnya yang terletak di Ampang. Allahyarham disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital. Allahyarham yang menganggotai Kumpulan Lefthanded sejak tahun 1985 boleh dianggap ‘hero gitar’ yang disegani di negara ini. Pemergiannya meninggalkan isteri, Norliza Sumairi dan empat anak berusia antara 6 hingga 18 tahun. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hulu Langat, petang semalam. Selain bersama Lefthanded menghasilkan album Keadilan, allahyarham yang memenangi anugerah kategori Album Rock Terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM) 1995 juga sempat mengeluarkan album solo bertajuk Kenangan Bersamamu pada tahun 1994. Setelah Lefthanded berkubur, allahyarham yang menjalankan perniagaan sendiri turut menjadi pensyarah sambilan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) sejak empat tahun lalu selain sibuk sebagai pemuzik undangan. Pemergian allahyarham pasti sangat dirasakan oleh peminat-peminatnya.

Al-Fatihah.

0 comments:

Post a Comment

Komen lah sebelum anda di komen kan hehehe...

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger template dari 'Ultimatum' Di Ubahsuai 80% Oleh Jimmy 2008-2010

BALIK KE ATAS