Bagi mereka yang mahu mengunjungi Pasar Tamu Sarawak di Bandar Seri Alam, Masai, Johor, datanglah seawal pukul 6 pagi. Jika tidak, anda akan kempunan kerana mereka lazimnya peniaga telah ‘tutup kedai’ tidak sampai dua jam selepas itu.
Cabaran ‘Fear Factor’ Makan Ulat Mulung
Aroma semangkuk ulat mulong begitu menyelerakan dan cuma menanti masa untuk dijamah. Cabaran ‘Fear Factor’ ini sememangnya bukan mudah. Namun perasaan untuk mengetahui sejauh mana kelazatan ulat mulong yang biasanya ditemui di tunggul pokok sagu ini membuatkan teruja.Meskipun agak enak dan rasa seperti ayam pada mulanya,
“Jika mahu menikmati ulat mulong ini, kepalanya jangan dibuang.
“Campur sedikit garam secukup rasa, ia begitu enak dimakan jika digoreng bersama telur,” kata Sauman Anak Sinjue, 33, seorang peniaga Pasar Tamu Sarawak di Taman Megah Ria, Bandar Seri Alam, Johor. "NYAMAN ULAT TOK BELEMAK JAK RASA"Ulat Mulong itu dijual pada harga RM10 sepeket.
PELBAGAI jenis snek tradisi Sarawak boleh ditemukan."OBOR-OBOR"
ULAT Mulong yang menjadi santapan rasmi bagi penduduk Sarawak.
BUAH Dabai merupakan buah-buahan bermusim yang menjadi kegemaran masyarakat di Sarawak terutamanya orang Melayu, Melanau dan Iban.
1 comments:
jgn salah sangka...xsemua org sarawak mkn ulat mulong...eheheh... makanan ini mmg makanan org melanau dan melayu-melanau sarawak...
tapi buah dabai dan buah nengkalak mmg jadi makanan org2 sarawak... rasanya lain dari lain :)
Post a Comment