Wednesday, December 31, 2008

Award Dari Mamakakak




Hari ni satu hari takde kat PC sebab teman kan Chibi saya ke hospital.Dari jam 11.30 am sampai di hospital tak jumpe parking kosong. Susah betol nak cari parking di HKL dekat sejam cari parking last-last parking je sebarang hehe. Bila balik je malam ke rumah online je terus jumpe mamakakak tinggalkan pesanan suruh ambik award dari dia..Tak sangka jugak blog saye ni pun boleh dapat award wakaka.. Ingat kan award  ape rupa-rupanya award blogger..hehe.. Ape-ape pun Terima Kasih untuk award yang mamakaka berikan kepada saya..Macam mane kenal mamakakak.. Satu hari tu saye terjumpe blog dia dekat google search hehe.. cantik blog dia blog mengenai masakan.. Mamakakak ni suke memasak sampai siap bagi resepi ke orang lagi tu..Sesiape yang nak belaja memasak sila-sila kunjungi blog dia ya.. ok la cite sikit hal saye.. saye buat blog ini dulu hanya untuk mengisi masa lapang dekat rumah je dulu. Sebab maklum la hidup bujang di kuching Sarawak dulu. Takde nak buat pape duduk online je guna celcom broadband. Ehem promote sikit hehe..Ok la ni serba sedikit tentang saya…

1. Umur 28 tahun. Kerja sebagai juruteknik komputer .

2. Dunia tampa sempadan ni.. Tahu sejak umur 13 tahun lagi di zaman dial up dulu lagi hehe..

3.Minat pulak..Minat yang paling ketara adalah suka ubah suai kereta terutama kereta charade aura atau G100.Tak tau la kenape minat sangat dengan kete ni. hehe

4.Minat yang kedua pulak.. Surfing.. Suke duduk surfing internet sambil-sambil chating dengan kenalan..

5.Minat yang ketiga.. Suka mengate orang kot.. hehe.. Ala bergurau-gurau dengan kawan-kawan je bukan ape pun..

6.Pasal movie pulak..saya suka tengok cerita komedi dan seram. Cerita Jiwang-jiwang ni tak minat sangat..

7.Sekarang ni saya menetap di kuala Lumpur dekat gombak. Depan balai polis gombak sebelah kiri jalan
bersebelahan kanan jalan.. Di situ la rumah saye.. Cari jangan tak cari.. hehe

8.Adik beradik semuanya 5 orang. Yang kedua 23.. yang ketiga 20 kempat 16 tahun dan kelima 16 tahun jugak sebab dia ni kembar. 4 lelaki seorang perempuan..

9.Kawan-kawan saye? Kalau dekat kl ni rase nye member chat je dengan member blogging je ramai. Kalau dekat kuching ramai la.. Nak sebut mane.. Banyak sangat la..Tak payah la ye…

10.Tempat lahir… Machang kelantan… Tapi da murtad sikit sebab dari kecik dah duduk kat kuching Sarawak.. so kurang bergaul dengan orang Malaya or lepeh kata orang Sarawak..

Di bawah ini saya senaraikan penerima award.


10 IDA

 

Peraturan untuk menerima award ini ialah:

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award"p/sdi atas untuk diletakkan di blog anda

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).

4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "anda telah di tag - sila layari blog mamakak untuk mendapatkan award anda".Terima kasih!

p/s:love you all

0 comments:

Post a Comment

Komen lah sebelum anda di komen kan hehehe...

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger template dari 'Ultimatum' Di Ubahsuai 80% Oleh Jimmy 2008-2010

BALIK KE ATAS