Saturday, December 06, 2008

Burger Keju Pun Boleh

Serang Teman Wanita Guna Burger Keju

VERO BEACH: Seorang lelaki ditahan dan akan didakwa kerana melakukan keganasan domestik selepas menyerang teman wanita menggunakan burger keju.

Laporan tangkapan Sherif daerah Indian River, Florida melaporkan lelaki berusia 22 tahun dan teman wanitanya bertengkar di dalam kereta di depan rumah mereka selepas lelaki itu dikatakan tidak membenarkan wanita itu keluar dari kenderaan.

Gadis itu kemudian membuang minuman lelaki terbabit ke luar dan berang dengan tindakan itu, lelaki terbabit memukulnya dengan burger keju.
 
Tertuduh ditahan tidak lama selepas itu, dibebaskan dengan ikat jamin Rabu lalu sebelum kes dibicarakan di mahkamah. - AP

P/S:
Dari kecik lagi aku suke bace artikal Macam-macam ni dari berita harian.. 
Kisah macam-macam hal..
Kadang-kadang lawak..
Kadang-kadang sedah pun ade..
Hehe

1 comments:

Unknown Saturday, 06 December, 2008  

Asal jangan ada berita yang seorang lelaki(bukan saya)memukul teman pompuan dengan Balacan(di Sarawak)hahaha.

Post a Comment

Komen lah sebelum anda di komen kan hehehe...

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger template dari 'Ultimatum' Di Ubahsuai 80% Oleh Jimmy 2008-2010

BALIK KE ATAS