- Runtuhan tanah melibatkan 4 hektar di kawasan Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang.
- 14 banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama ranap.
Lokasi terletak 1.5km dari lokasi tragedi blok Highland Towers tumbang ekoran tanah runtuh pada 11 Disember 1993, mengorbankan 48 orang.
TRAGEDI...pemandangan dari udara menunjukkan kemusnahan yang berlaku di Bukit Antarabangsa yang membabitkan runtuhan di dua kawasan perumahan dengan sekurang-kurangnya 14 banglo tertimbus dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi tadi. - Foto Ihsan PDRM
MUSNAH... Gambar yang dirakam dari helikopter Unit Udara Polis Diraja Malaysia menunjukkan rumah-rumah banglo yang musnah dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang, Selangor, awal pagi semalam.
KUALA LUMPUR 6 Dis. - Para penduduk Kondominium Taman Oakleaf yang berpindah ekoran kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa awal pagi ini berpendapat tidak mustahil kejadian itu berlaku sekali lagi di kawasan tersebut.
Penduduk terlibat, Datuk Said Elias mendakwa keadaan sekitar Kondominium Taman Oakleaf sudah menjadi seolah- olah sebuah tasik kerana terlalu banyak air bertakung di sekelilingnya.
''Seorang rakan saya yang berpengalaman dalam bidang geologi melahirkan rasa terkejut dengan keadaan di sini dan tidak menolak kawasan kediaman kami berisiko tinggi untuk runtuh,'' katanya ketika ditemui selepas berpindah keluar dari kawasan kediamannya.
Malah, dia melahirkan rasa dukacita dengan saliran parit yang tersumbat dengan lumpur dan bimbang jika hujan lebat berterusan.
''Walaupun kebanyakan penduduk sudah keluar, kami harap keadaan rumah di sini dapat diselamatkan.
''Saya harap pihak berkuasa tempatan dapat melakukan sesuatu dengan segera sebelum keadaan menjadi lebih buruk,'' jelasnya.
Sementara itu, sebahagian penduduk berasa keliru kerana tidak mendapat arahan jelas daripada pihak berkuasa mengenai perpindahan itu.
Seorang mangsa, Halim Hussin, 32, mendakwa, dia keluar dari kediamannya atas inisiatif sendiri menjelang waktu tengah hari setelah melihat jiran-jirannya berbuat demikian.
''Tiada sebarang arahan tertentu daripada pihak berkuasa untuk kami berbuat demikian sehinggalah menjelang waktu petang.
''Setelah kami meredah laluan berbukit yang penuh becak, barulah ada pihak menyuruh kami pergi ke Pusat Penempatan Sementara di Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang,'' katanya.
Suriayati Hasan Basri, 29, yang mengandung lima bulan berkata, dia mengambil keputusan berpindah sejurus mendapat tahu terdapat kejadian tanah runtuh.
''Saya berasa tidak sedap hati kerana kediaman kami putus bekalan elektrik dan air malah secara tiba-tiba kedengaran bunyi helikopter di ruang udara,'' katanya.

0 comments:
Post a Comment