Friday, January 23, 2009

Alfred Jabu Tak Minat Buat Blog

KUCHING 21 Jan. - Semakin ramai yang berminat
membuat blog peribadi tetapi tidak bagi Timbalan Ketua Menteri Sarawak,Tan Sri Alfred Jabu Numpang.Beliau langsung tidak berminat berbuat demikian meskipun terdapat kritikan dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya boleh dijawab menerusi blog tersebut.

Katanya, beliau tidak mahu 'leka' dengan blog yang disifatkan akan
melalaikan dirinya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat
dan menteri.

Menurutnya, keutamaan beliau adalah memastikan portfolio yang
dipegang sekarang iaitu mengawasi dan melawat kawasan luar bandar
ditunaikan.

''Saya tidak mahu leka atau duduk menjawab blog sahaja kerana ia akan memutuskan hubungan saya dengan rakyat.

''Terlalu ramai penulis blog sekarang dan jika saya turut serta,
seolah-olah saya akan masuk ke perangkap pihak tertentu yang mahu saya
gagal menunaikan tanggungjawab kepada rakyat," katanya selepas menerima
kunjungan hormat Duta Belanda, Lody Embrects di pejabatnya di sini
semalam.

Jabu yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar mengakui ada
mendengar mengenai penulisan blog di kalangan intelektual kaum Dayak
yang mengkritik kerajaan.

Katanya, ia terpulang pada kepercayaan individu sama ada mereka
setuju atau sebaliknya tetapi beliau mahu melaksanakan program yang
terbaik untuk rakyat.

3 comments:

Anonymous,  Friday, 23 January, 2009  

ko tauk kenak alfred jabu sik minat buat blog, aku tauk nya celik IT tapi rah betong, sapa maok baca blog nya... berapa igek jak manusia dalam rumah panjang ada internet... betong nang sik maju cit poorah! -aku yang cute :: Awe

AmirFX Friday, 23 January, 2009  

Apu nyak... Afred ya butak IT sik mok ngakuk... Anaknya nak ajar kenak terajang... Sapa mok ajar nya ya...

Unknown Friday, 23 January, 2009  

I don't like this guy...Mr Yesman.kuat angkat Pak Uban..sampe orang dirik pun sik terbela.

Post a Comment

Komen lah sebelum anda di komen kan hehehe...

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger template dari 'Ultimatum' Di Ubahsuai 80% Oleh Jimmy 2008-2010

BALIK KE ATAS