David Arumugam Alleycats Terima Pingat Johan Setia Mahkota
Tahniah buat David Arumugam vokalis Alleycats yang telah menerima pingat Johan Setia Mahkota. Akhirnya, segala jasa dan pengorbanan David Arumugam telah berbayar dan dihargai.
KUALA LUMPUR: Artis veteran, Thiagarajan K R Arumugam, yang lebih dikenali dengan nama David Arumugam, daripada kumpulan Alleycats, adalah antara 285 orang yang menerima darjah dan bintang kebesaran daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, di Istana Negara,
David, yang menerima Johan Setia Mahkota (JSM), adalah vokalis utama kumpulan muzik tempatan terkemuka, Alleycats, yang ditubuhkan pada 1969 dan memperoleh kemasyhuran serta populariti pada 1970-an.
Empat orang menerima Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran ‘Datuk’. Mereka ialah Datuk Musa Sheikh Fadzir, anggota panel pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Datuk Abdul Rahman Abdul Hamid, bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Johor, Datuk Ali Mohamed dan Timbalan Presiden St John Ambulans Kawasan Barat Daya Pulau Pinang, Datuk Jamilah Wahab.
Senator Osman Bungsu menerima Johan Mangku Negara (JMN) bersama enam lagi penerima. Sepuluh orang menerima Johan Setia Mahkota, 46 menerima Kesatria Mangku Negara, 88 menerima Ahli Mangku Negara dan 131 orang menerima Pingat Pangkuan Negara.Alleycats berjaya menambat hati ku, aku meminati kumpulan ini kerana setiap lagu mereka ada kualiti serta irama yang menarik dan juga suara tersendiri. Lagu Alleycats yang pertama sekali mendapat tempat dihati aku ialah " SENANDUNG SEMALAM", lagu ini benar-benar membuka telinga orang Melayu yang mendengarnya. Seakan tidak percaya penyanyi yang membawakan lagu itu adalah seorang berbangsa India.
Lawat Laman Alleycats Terimaaa Kaasih..
Monday, January 12, 2009
Terimaa...Kasihhhhh.....!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
terima kasseeehhhh! wow! dapat juak tedah ahernya..
This Guy is my most favourite singer in Malaysia.
Terima Kasihhhhhhhhhh.
Hidup Allycat!!!!!
Huhu.. kamik minat juak uncleawang..
Lagu senyumlah kembali..best jauk..
heheh.lawak ar bro yg msg lu dpt tu.. pastu pasal lori tu,mmg wa sokong ar sgt..ape ar kan, membahayakan pengguna jlnraya yg lain..pastu bas kat kl pn sama,teksi pun lebih kurang, drive mcm bwk F1,nak laju jek..banyak kali aku nak eksiden pasal teksi ni..ish ish
Post a Comment