Friday, February 13, 2009

Macam-Macam

Cipta minuman ringan guna air kencing lembu

NEW DELHI: Sebuah pergerakan nasionalis di India sedang berusaha menghasilkan minuman ringan untuk menyaingi jenama dalam pasaran seperti Cola-Cola dan Pepsi dengan menggunakan air kencing lembu sebagai bahan utama.

Akhbar The Time Online berkata usaha menghasilkan minuman berkenaan dilakukan jabatan pelindungan lembu Pertubuhan Rashtriya Swamyak Sangh (RSS).

Ketua jabatan itu Om Prakash berkata minuman yang dikenali sebagai gau jal atau air lembu dalam bahasa Sanskrit, sedang menjalani ujian makmal dan akan dilancarkan selewat-lewatnya akhir tahun ini.

“Jangan bimbang, ia tidak berbau dan mempunyai perisa istimewa juga. Ia akan menjadi minuman yang menyihatkan. Ia tidak seperti minuman berkarbonat dan akan dinyahtoksin,” katanya.

Beliau berkata berbanding minuman berkarbonat yang boleh menjejaskan kesihatan, minuman ringan menggunakan air kencing lembu bersifat semula jadi dan menjimatkan kos.

3 comments:

Khairul Onggon Saturday, 14 February, 2009  

eeewww.. terlebih suda... haha..

Unknown Saturday, 14 February, 2009  

Boleh lah apply jadi stokist kelak hahaha..

Post a Comment

Komen lah sebelum anda di komen kan hehehe...

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger template dari 'Ultimatum' Di Ubahsuai 80% Oleh Jimmy 2008-2010

BALIK KE ATAS