Tuesday, May 12, 2009

Berita Dari Seberang...

Gadis kecewa ditegur keluarga cuba terjun bangunan

KUCHING 11 Mei - Kecewa dengan tuduhan yang dilemparkan keluarga, seorang gadis menggemparkan orang ramai di Bandar Baru Batu Kawa (MJC) apabila cuba terjun dari tingkat dua sebuah bangunan kedai di sini hari ini.

Bagaimanapun, usaha remaja itu untuk terjun berjaya dihalang selepas dia berjaya dipujuk seorang wanita yang tidak dikenali.Aksi cemas membabitkan remaja berusia 17 tahun itu berlaku hampir sejam. Sebaik sahaja gadis itu diselamatkan, orang ramai yang menyaksikannya memberi tepukan gemuruh.

Pasukan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.17 tengah hari turut membantu memujuk mangsa yang berkelakuan mencurigakan di tingkat dua bangunan tersebut sejak pukul 12 tengah hari.

Menurut bapa gadis itu yang berasal dari Kampung Kudei, dia dimaklumkan mengenai tindakan anaknya itu ketika sedang makan tengah hari di sebuah kedai di Jalan Astana, kira-kira 20 minit perjalanan dari tempat kejadian.

Katanya, dia bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja dimaklumkan dan terkejut apabila melihat anaknya bertindak sedemikian.

''Anak sulung saya bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai kopi di MJC.
''Saya akui memang kerap menegur dan memarahinya atas kelakuan dia yang kerap tidak pulang ke rumah, namun saya tidak pernah memukulnya,'' katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata, dia juga tidak tahu punca sebenar mengapa anaknya bertindak sedemikian.
Dalam pada itu, remaja tersebut yang telah berjaya dipujuk dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

 

0 comments:

Post a Comment

Komen lah sebelum anda di komen kan hehehe...

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger template dari 'Ultimatum' Di Ubahsuai 80% Oleh Jimmy 2008-2010

BALIK KE ATAS