Sunday, May 11, 2008

Gedung produk Nokia terbesar

NOKIA (M) Sdn. Bhd., memperluaskan lagi segmen pasarannya dengan melancarkan gedung Nokia pertama di Kuching, Sarawak, selain merupakan yang terbesar miliknya di negara ini.

Gedung yang mempunyai keluasan 1,200 kaki persegi itu terletak di tingkat satu pusat membeli belah, The Spring yang dijangka mampu memenuhi permintaan pelanggan di Sabah dan Sarawak.langkah ini merupakan komitmen syarikat terhadap pasaran serta pelanggan di Sabah dan Sarawak bagi memenuhi gaya hidup dan cita rasa terhadap teknologi terkini industri mudah alih di bawah satu bumbung.

Pengguna juga turut boleh mendapatkan aplikasi perisian Nokia yang terkini dalam usaha menyelaraskan penggunaan perkakas mudah alih Nokia dengan perkakas komputer seperti pembesar suara muzik, papan kekunci wayarles, pencetak dan banyak lagi.

Dalam pada itu, pusat tersebut juga menawarkan aplikasi perisian aslinya seperti muzik, pencetakan, permainan dan e-mel.
Sebagai tambahan, gedung tersebut turut menyediakan pusat khidmat Nokia CARE menjadikan ia sebagai tempat persinggahan pelanggan untuk mendapatkan aksesori keperluan Nokia mereka.

0 comments:

Post a Comment

Komen lah sebelum anda di komen kan hehehe...

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger template dari 'Ultimatum' Di Ubahsuai 80% Oleh Jimmy 2008-2010

BALIK KE ATAS