Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts

Tuesday, January 06, 2009

Satu Lagi Makan Kegemaran Ku

Umai



Huhu Lamak Aku Sik Makan Umei..
Bila la aku dapat balit tok.. Rindu dengan kawan-kawan di sarawak..


Pernah makan umai?
Obor obor?
Bagi orang Sarawak umai adalah delicacy yang popular seperti juga budu di Kelantan, air asam di Kedah dan cencaluk di Melaka. Ada beberapa jenis bahan utama yang digunakan untuk buat umai. 3 yang utama ialah ikan, udang dan obor obor. Yang menariknya, bahan2 yang digunakan untuk membuat umai tidak dimasak, sebaliknya dipotong potong halus, digaul dengan bahan bahan lain seperti hirisan tomato, cili, bawang dan hirisan limau.Rasa nya sangat sedap menjilat jari jugak la kalau makan umai ni. Tapi tetap tak boleh lawan budu yang menjadi penyedap makan ku dari kecik hingga sekarang. Sungguh pun anak kelantan celup tapi budu memang tak boleh lari la wajib ada huhu.. Umai ikan dan udang senang dijumpai, tetapi obor obor pula kadang kadang jumpa, kadang kadang tidak.. Kebiasaan nye orang akan menggunakan ikan la sebab ikan ni senang nak dapat… walaupun ikan sotong dan uddang nya tidak di masak dari segi penyediaan,tetapi kandungan asid di dlm limau nipis,limau purut & limau kasturi,cuka memasakkan isi kandungan ikan tersebut,di sini saya sertakan resepi nya.



Umai Di Buat Dengan Ikan Tenggiri
Cara-cara membuat umai:-
Bahan-bahannya:-
1 ketul ikan tenggiri (isi di hiris)
1 sudu jus limau kasturi

1 sudu jus limau purut

1 sudu jus limau nipis
1 sudu makan cuka
5biji cili padi merah (hiris halus)
1 biji bawang besar (hiris halus)

1/2 biji tomato di dadu
garam secukup rasa,ajinamoto


Cara-caranya:-
1.      Isi ikan yang telah dihiris halus, di masukkan garam, cuka dan air limau. Biarkan selama 10 minit.2. Kemudian masukan semua bahan hiris dan kacau sampai rata..3. Simpan didalam peti sejuk sebelum dihidang
2.      Ada sesetengah orang suka meletak kacang yang dikisar pada umai.. Boleh di tambah kan klau nak la..

Read more...

Monday, January 05, 2009

Yum Yum Lazat Nya Hingga Menjilat Jari


 
BUDU




Sebut saja budu, pasti ianya akan di kaitkan dengan Negeri Kelantan. Budu adalah sejenis perasa yang terkenal di Kelantan dan juga Selatan Thai. Ianya adalah makanan tradisional yang diperbuat dari ikan bilis yang diperam hingga hancur. Kebanyakan dari kita akan beranggapan bahawa budu adalah unik bagi negeri Kelantan, namun ianya juga boleh didapati di negara-negara lain. Di Filipina di kenali dengan patir, di Indonesia ketjap ikan, di Myanmar ngapi, di Veitnam nuoc mam, di Jepun ishiru/shottsuru, di India dan Pakistan colombo cure, di China yeesu dan di Korea aekjeot.

Budu di buat dengan mencampurkan ikan bilis : garam dengan nisbah diantara 2:1 hingga 6:1 dan diperamkan selama 140 hingga 200 hari. Secara saintifik ia terbentuk akibat hidrolisis ikan dan mikrob protease. Rasa dan aroma budu terbentuk melalui proses proteolisis (proses pemecahan peptid dan asid amino disebabkan tindakbalas enzim) mikro organisma yang ‘terselamat’ semasa proses pemeraman itu. Nisbah ikan berbanding garam memainkan peranan penting dalam pembentukan rasa budu yang dikehendaki. Kepekatan garam akan mempengaruh aktiviti mikrob dan enzim lalu membentuk rasa yang berbeza-beza. Mikro organisma yang didapati semasa pembentukan budu di klasifikasikan sebagai halophilis (boleh hidup dan membesar dalam keadaan bergaram) yang memainkan peranan penting dalam proses degradasi protein dan pembentukan rasa aroma. Nisæ (gula nira kelapa) dan asam jawa/asam gelugur dicampurkan bagi mendorong perubahan warna kepada keperangan berlaku.




Makan nasi tiada ertinya kalau tiada budu yang bersertanya dimasukkan lada cengit, limau nipis (nak sedap lagi asam kerat lintang). Bagi menyelerakan lagi boleh di potong sedikit bawang merah, buah pauh dicincang halus, ditambah seulas durian atau tempoyak. Ikan kembong atau puyu bakar adalah pelengkap hidangan budu. Kata orang makan nasi dengan ulam cicah budu menyebabkan sindrom ‘mentua lalu tak nampak’.


Ulam merupakan gelaran kepada tumbuhan yang dimakan secara mentah atau sekadar dicelur (direndam sekejap dalam air panas) sebelum dicicah dan dimakan bersama nasi. Ulam diambil dari berbagai-bagai bahagian tumbuhan yang boleh dimakan. Ini termasuklah pucuk, daun, umbut, biji, buah, ubi dan kadang-kadang bunga.

Bayangkan nasi panas, budu, ikan tawar, pucuk putat, petai, jering, bunga kunyit, ulam raja, buah petai fuyoo lazat nye..makan sampai menjilat jari.. huhu .........

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger template dari 'Ultimatum' Di Ubahsuai 80% Oleh Jimmy 2008-2010

BALIK KE ATAS