SIBU: Penduduk sebuah kampung di Daro dekat Mukah di sini gempar dengan penemuan kesan satu tapak kaki didakwa milik raksasa berhampiran satu dusun, Isnin lalu.
Akhbar The Borneo Post hari ini memetik ahli perniagaan tempatan, Tan Soon Kuang, sebagai berkata beliau melihat kesan tapak kaki itu yang berukuran 1.1 meter panjang dan setengah meter lebar.
“Ia begitu besar berbanding manusia biasa, saya melihat orang kampung menunjukkan pelbagai reaksi, ada yang takut dan sebaliknya,” katanya.
Beberapa penduduk kampung giat membersihkan laluan pejalan kaki yang menuju ke kawasan kesan tapak kaki itu kerana menjangka kawasan itu akan menjadi tumpuan pelawat hujung minggu ini.

Seorang kakitangan kerajaan yang enggan namanya disiarkan berkata, dia juga pernah melihat kesan tapak kaki itu tetapi sukar untuk membuktikan kesahihannya kerana tiada kajian saintifik mengenainya.
Beliau berkata, pada masa dulu tempat itu pernah digunakan individu tertentu sebagai tempat pertapaan atau untuk upacara keagamaan. — Bernama
Sumber Dari Berita Harian

1 comments:
kaki kmk ya... hahahahaha
Post a Comment