Thursday, June 05, 2008

Apa itu C.I.N.T.A ... BACA DAN FAHAMKAN LAH..

  • Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?Itu bukan Cinta, itu SUKA.
  • Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?Itu bukan Cinta, itu NAFSU.
  • Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.
  • Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN
  • Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya?Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.
  • Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.
  • Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.
  • Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?Itu bukan Cinta, itu DUSTA.
  • Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

    TETAPI
  • Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami ... menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?ITULAH CINTA.
  • Apakah kamu menerima kesalahannya kerana itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?Jika demikian, ITULAH CINTA.
  • Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?Jika demikian, ITULAH CINTA.
  • Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?ITULAH CINTA.
  • Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?ITULAH CINTA.
  • Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?ITULAH CINTA.
  • Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?Yang demikian itulah namanya CINTA

0 comments:

Post a Comment

Komen lah sebelum anda di komen kan hehehe...

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger template dari 'Ultimatum' Di Ubahsuai 80% Oleh Jimmy 2008-2010

BALIK KE ATAS