Reaksi Shahrir tunjuk carta jualan petrol:MENTERI Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad memberikan reaksi tegas ketika menunjukkan carta perbandingan purata bulanan jualan petrol dan diesel bagi semua stesen minyak di negeri sempadan untuk dirakamkan jurugambar selepas sidang media di lobi Parlimen, Kuala Lumpur, petang semalam. Carta itu antara lain menunjukkan jualan petrol dan diesel yang semakin meningkat di negeri bahagian selatan dan utara tanah air bagi tempoh 2006 hingga 2008 sebelum kerajaan melarang kenderaan berdaftar di luar negara mengisi diesel dan petrol di stesen minyak dalam lingkungan 30 hingga 50 kilometer dari sempadan. Sidang akhbar itu berlangsung selama kira-kira setengah jam. Shahrir kemudiannya memasuki Dewan Negara untuk menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong.
Tuesday, June 03, 2008
Harga baru petrol Ogos
Pengguna mungkin terpaksa membayar lebih bagi petrol dan diesel mulai Ogos ini jika Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi yang bermesyuarat hari ini memuktamadkan pelbagai cadangan bagi penstrukturan semula skim subsidi bahan api berkenaan.
"Ia akan berlaku dan mungkin pada Ogos ini. Kita akan menggunakan masa dua bulan ini untuk melakukan kajian terperinci bagi penstrukturan semula skim subsidi," "Kita mahu memastikan apa juga keputusan yang akan dibuat adalah terbaik untuk rakyat,"
Abdullah juga enggan mengulas ketika ditanya sama ada penguatkuasaan serta-merta keputusan yang akan diumum esok akan turut membabitkan kenaikan harga minyak. "Tak usah tanya semua itu, anda tunggulah... cuma tinggal sehari saja lagi (untuk pengumuman)," katanya.
Sebelum itu, Shahrir menjelaskan walaupun harga petrol dan diesel naik, subsidi minyak masih tetap dinikmati rakyat. Beliau juga memberi jaminan kenaikan itu tidak akan menjejaskan rakyat kerana penstrukturan semula skim subsidi dilakukan bagi menegakkan prinsip kesaksamaan dan keadilan.
Harga petrol di negara ini hanya RM1.92 seliter dan diesel (RM1.58), berbanding di Thailand RM4 seliter bagi petrol dan diesel RM3.50 seliter, Indonesia (RM2.57), Filipina (RM3.45), Singapura (RM5.07) dan United Kingdom (RM7.03).
Harga petrol seliter
RM1.92 - Malaysia
RM4 - Thailand
RM2.57 - Indonesia
RM3.45 - Filipina
RM5.07 - Singapura
Dipetik Dari Berita Harian 3 jun 2008
So kerajaan Harus Naikkan Harga Petrol 100% untuk bersaing harga petrol dengan Thailand,Indonesia,Filipina,Singapura... BODOH PUNNYA KERAJAAN BN..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment