Friday, June 06, 2008

Robin Hood

Kerajaan patut naikkan cukai korporat bagi tampung subsidi untuk rakyat

TABUNG Kewangan Antarabangsa (IMF) meramalkan harga petrol mungkin meningkat sehingga AS$200 setong, manakala kenaikan harga barang makanan secara purata sebanyak 4.9 peratus pada Mac lalu menjadikan inflasi naik kepada 2.8 peratus berbanding pada kadar 2.3 peratus pada Januari lalu.

Jadi apa pilihan kita untuk mengatasi kenaikan harga barang yang membebankan rakyat? Adakah menaikkan gaji satu langkah paling berkesan untuk mengatasi masalah ini dan bagaimana pula jika kenaikan gaji akan memburukkan inflasi?

Adakah penguatkuasaan ketat dan kawalan harga dapat mengekang semua ini? Pengalaman sudah membuktikan bahawa kawalan dan penguatkuasaan akan berakhir dengan ungkapan 'kenaikan harga tidak dapat dielakkan.'

Bagaimana jika pada saat-saat seperti ini kita menggunakan kaedah Robin Hood? Robin Hood merompak daripada golongan bangsawan yang kaya dan memberikannya kepada golongan miskin. Tetapi kita bukanlah ingin merompak atau apa-apa cara yang bercanggah dengan etika dan undang-undang.

Apa yang kita harapkan pada saat yang gawat ini, golongan kaya juga bertimbang rasa dan sama-sama merasai kesusahan dihadapi golongan berpendapatan rendah.

Kenaikan harga barang kepada golongan berpendapatan rendah pula mungkin bermaksud kurangkan makan, tiada lagi baju baru sehingga ada yang mencadangkan supaya kita hanya makan segenggam beras sehari. Itu belum lagi untuk berdepan yuran sekolah dan buku setiap awal tahun persekolahan. Semua ini memeningkan kepala.

Pada masa ini cukai korporat ialah sebanyak 26 peratus daripada keuntungan syarikat. Dengan menaikkan cukai korporat, kerajaan boleh menggunakan dana itu sebagai subsidi kepada golongan berpendapatan rendah.

Pada waktu ini mungkin sesetengah perniagaan juga menghadapi masalah kewangan, tetapi masalah yang mereka hadapi mungkin hanya berkisar kepada keuntungan yang semakin berkurangan. Sungguh pun begitu sebenarnya banyak juga syarikat yang meraih 'durian runtuh' daripada kenaikan harga barang yang berlaku sekarang. Jadi rasanya adil untuk menaikkan cukai korporat pada saat-saat seperti ini.

0 comments:

Post a Comment

Komen lah sebelum anda di komen kan hehehe...

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger template dari 'Ultimatum' Di Ubahsuai 80% Oleh Jimmy 2008-2010

BALIK KE ATAS