Tuesday, November 04, 2008

Ada Apa Dengan Cinta

Ada ape dengan cinta?

Dulu benci,

Kini kau minta,

Agar kita,

Kan tahan lama,

mcm minyak lintah.....

 

Cinta itu buta,

dan membutakan, melukakan dan sukar utk dilupakan.

luahan jarang bermakna, bila diucapkan

 

Ada apa dengan cinta?

Itu lah ayat yg sering ku ucapkan dalam status. Kata kwn aku cinta itu subjektif, sekiranya tiada akal selalunya nafsu akan memainkan peranan. Cinta dtg kpd mereka yg masih mengharap, ingin disayangi...

 

Ada ape dengan cinta?

Cinta telah membuatkan aku knl dunia, cinta telah membuatkan aku dipinggirkan dan cinta juga membuatkan aku bangun selepas dijatuhkan. Tapi difikirkan alik adakah aku nie layak utk dicintai or menyintai? Spt kwn aku ckp cinta tue subjektif. Kita tidak boleh salahkan cinta sekiranya kita dipinggirkan, kita tidak boleh salahkan cinta kalau kita dikecewakan. Pokok pangkal pada diri kita sendiri. Bila kita menerima cinta hadir dlm idup kita ia bagaikan pokok buah, ia perlu dijaga, dibajai barulah pokok tue akan mengeluarkan buah utk dimkn..

 

Ada apa dengan cinta?

Ada org kata cinta kadang kala membuatkan kita jadi buta. Buta utk menilai baik dan buruk sesorang itu. Jgn jadikan kita buta disebabkn cinta. Pegang pada kata kata2 cinta itu mengajar kita lihat dunia realiti dan fantasi.

 

Ada apa dengan Cinta?

Cinta perlukan bukti. Ramai percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyuruh apa saja kpd org yang kita cintai mahu. Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri org dicintai, malah ia menjaga agr org yg dicintai tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri. Bak kata Saidina Umar, "Jgn hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu membuatkan anda menjadi hancur"

 

Ada apa dengan cinta?

Bagi aku cinta itu ibaratkan sahabat sejati, dia tidak akan membiarkan org dicintai menangis, sedih dan berduka dan mengenali org dicintai dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan buruknya. Dalam percintaan perlu ada kejujuran. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan org. Jangan sesekali kita tertarik kerna rupa parasnya kerna rupa paras akan menyesatkan. Jgn tertarik kerna kekayaan, kerna kekayaan tidak akan kekal. Tertarik lah kepada org yang membuat kamu senyum kerna senyuman dpt membuat hari2 yg gelap menjadi cerah.

0 comments:

Post a Comment

Komen lah sebelum anda di komen kan hehehe...

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger template dari 'Ultimatum' Di Ubahsuai 80% Oleh Jimmy 2008-2010

BALIK KE ATAS