Friday, December 26, 2008

Tabung Tanah Runtuh Kurang Sambutan

APAKAH SEBABNYA TABUNG TANAH RUNTUH TIADA SAMBUTAN..?

KUALA LUMPUR - Tabung mangsa bencana tanah runtuh Bukit Antarabangsa kurang mendapat sambutan dan perhatian daripada masyarakat setempat.
Berdasarkan pungutan sejak dimulakan 6 Disember lalu, hanya RM160,000 sahaja dapat dikumpulkan dan tidak 'semeriah' tabung bencana yang pernah dianjurkan sebelum ini.
Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata, kutipan tidak memberangsangkan itu ada kaitan dengan persepsi negatif orang kaya tidak perlu dibantu.

ne_11.1


ANTARA barangan yang dijual untuk Tabung Bencana Alam Bukit Antarabangsa di Pasar Seni, Kuala Lumpur .

"Ini tanggapan yang salah, sesiapa sahaja yang menghadapi bencana alam seperti ini (tragedi Bukit Antarabangsa), sudah pasti mereka akan merasai kesusahan juga," ujarnya selepas majlis pelancaran jualan amal tabung mangsa bencana tanah runtuh Bukit Antarabangsa semalam.
Menurut Ismail, kebanyakan masyarakat menganggap mangsa-mangsa yang tinggal di kawasan Bukit Antarabangsa terdiri daripada golongan orang berada dan tidak perlu dibantu.

SEKALI LAGI SAYA BERTANYA APAKAH SEBABNYA TABUNG TANAH RUNTUH TIADA SAMBUTAN..?
BAGI MEREKA YANG TELAH MENGHULURKAN SEGALA BANTUAN KE BUKIT ANTARA BANGSA KETIKA BENCANA MEREKA LEBIH MENGETAHUI MENGAPA. SEDEH MENGENANG MEREKA YANG SANGGUP MEMINTA CUTI UNTUK MENOLONG WARGA BUKIT ANTARABANGSA AKAN TETAPI….. ANDA LAH MENILAI SENDIRI MENGAPA DAN KENAPA.. LU PIKIRLA SENDIRI KATA NABIL.. BUKAN NIAT UNTUK MENGHINA.. TETAPI UNTUK RENUNGAN KITA SEMUA SEBAGAI HAMBA ALLLAH DI MUKA BUMI NYA INI....

0 comments:

Post a Comment

Komen lah sebelum anda di komen kan hehehe...

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger template dari 'Ultimatum' Di Ubahsuai 80% Oleh Jimmy 2008-2010

BALIK KE ATAS