Saturday, December 06, 2008

Kalau kau tidak mahu wang RM30,000, kenapa telefon?

Guru Nyaris Diperdaya


SHAH ALAM: “Kalau kau tidak mahu wang RM30,000, kenapa telefon?,” tanya seorang lelaki dengan loghat pekat Indonesia ketika memarahi seorang guru kerana menghubunginya untuk mendapatkan penjelasan berkaitan kemenangan palsu kononnya anjuran ‘Petronas Primas KLCC’ di sini, semalam.

Lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Mustafa Yaakob itu mendakwa kad sim telefon bimbit guru itu diperoleh secara rawak dan hadiah utama RM30,000 pertandingan itu dimenangi mangsa.

Mustafa memaklumkan hadiah utama itu sumbangan diberikan syarikat telekomunikasi DiGi, Maxis serta Celcom dengan bantuan Bank Negara Malaysia.

Bagaimanapun, cubaan penipuan itu dipatahkan hasil tindakan bijak guru itu yang mengajukan soalan bertalu-talu kepada lelaki terbabit menyebabkannya hilang pertimbangan.

 Guru yang hanya dikenali sebagai Fiza, 26, berkata dia menerima SMS berkaitan kemenangan itu kelmarin tetapi ragu-ragu kerana terlalu banyak pendedahan dibuat media berkaitan penipuan seumpamanya.

“Saya menghubungi semula nombor telefon bimbit dalam SMS itu dan dijawab seorang lelaki dengan loghat Indonesia memaklumkan dia petugas Petronas.

“Dia memaklumkan saya memenangi RM30,000 dan perlu menuntut hadiah berkenaan pada masa itu juga kerana jika tidak, ia akan diberikan kepada individu lain,” katanya yang berasal dari Klang, Selangor.

Fiza kemudian meminta nombor telefon pejabat Mustafa tetapi lelaki itu enggan memberikannya dengan alasan syarikat tempatnya bertugas tidak mempunyai telefon sebaliknya hanya menggunakan telefon bimbit.

Pelbagai soalan lain diajukan dan akhirnya lelaki terbabit memotong percakapan dengan meminta nombor akaun bank Fiza.

“Menurut Mustafa, wang akan dimasukkan ke dalam akaun bank pada masa itu juga tetapi saya enggan memberikan nombor akaun kerana mahu tahu lebih banyak lagi mengenai penipuan dilakukannya.

“Lelaki itu berang selepas saya memaklumkan enggan memberikan nombor akaun bank dan mengherdik mengatakan kenapa saya perlu menghubunginya jika tidak mahukan wang,” katanya.

Mustafa terus meletakkan telefon. Fiza pula berharap tindakan tegas dapat diambil terhadap penipu seperti Mustafa kerana pasti ada yang terpedaya dengan tawaran hadiah lumayan hingga sanggup melakukan apa saja seperti diminta sindiket terbabit.

“Saya harap mereka ditahan dan dikenakan hukuman berat sebagai pengajaran supaya tidak ada lagi individu lain berani melakukan penipuan seperti itu,” katanya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar pula mendedahkan sindiket penipuan menawarkan wang tunai kononnya dengan kerjasama syarikat telekomunikasi itu sebenarnya didalangi warga negara jiran.

Ahli sindiket bergerak secara berkumpulan dan menjadikan negara mereka sebagai pusat operasi sebelum berpindah ke lokasi lain apabila kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa.

Oleh Nazarali Saeril
Dari Metro 

P/s:
Sekadar renungan buat semua. Jangan mudah terpedaya dengan SMS yang anda terima dari no yang anda tidak ketahui.Sekarang banyak penipu. Suka cari jalan mudah untuk mendapatkan duit.Berhati-hati lah ye..
SAlam..

1 comments:

Anonymous,  Saturday, 06 December, 2008  

barua tol org cam tu, lg² indon

Post a Comment

Komen lah sebelum anda di komen kan hehehe...

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger template dari 'Ultimatum' Di Ubahsuai 80% Oleh Jimmy 2008-2010

BALIK KE ATAS