Monday, September 27, 2010

Testing Update Blog Guna Hp Windows Mobile Pulak

Update untuk hari sabtu dan ahad..

Saje nak test update guna fon htc dengan opera windows mobile hehe.. best memang best boleh update guna fon. masalah nye lengoh jari dengan tangan nak menaip keyboard kecik ni hehe.

Hari sabtu lepas pegi ke jalan sungai udang dekat teluk pulai klang pergi rumah sepupu dia buat rumah terbuka. Cari jalan teluk pulai sampai terlepas simpang teluk pulai terlajak jauh pulak tu sampai ke station bus port klang dah hujung klang dah tu sikit lagi nak sampai ke jetty ape tah. Patah balik dari station bus ke bulatan simpang tiga baru lah sampai ke teluk pulai. Best jugak duduk di klang ni. Masih ada rasa suasana kampung tak macam duduk di subang ni. Rumah sepupu pulak tepi sungai lagi la seronok.Jiran-jiran pun baik tak sombong. Boleh gak nak tegur nak bergurau.. Ingat pegi makan-makan je rupenye kene keje jadi tukang masak untuk rumah terbuka dia hehe. Menu jamuan dia Laksa Pineng,Laksa kelantan dgn laksam kelantan tak sempat nak ambik gamba sebab sibuk sangat memasak dengan mengemas. Masak punye masak sampai jam dah pukul 6 petang baru berebut nak balik. Bertolak pukul 6 sampai rumah pukul 8 sebab jalan jem gile dr tol sungai rasau sampai ke kampung melayu subang. Rupenye dekat klang hari sabtu orang kerje sampai pukul 5.

Hari ahad... macam biase bangun pagi kemas barang yang nak di angkut ke bukit beruntung sambil tunggu lori datang kemas ape patut dulu. Dah nak habis punggah dah setakat ni. Tinggal sikit je lagi barang ni. Bila sampai ke bukit beruntung tetibe hujan pulak. Habis almari basah hehe. Aku sendiri pun basah kuyup. Sampai-sampai di rumah rase nak demam. Sebelom demam teruk baik makan ubat awal. Nasib baik tak demam hari ni..

Sekian lah untuk hari ini sakit dah jari ni menaip satu-satu hehe.. kita jumpa di lain hari dan waktu.

0 comments:

Post a Comment

Komen lah sebelum anda di komen kan hehehe...

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger template dari 'Ultimatum' Di Ubahsuai 80% Oleh Jimmy 2008-2010

BALIK KE ATAS