Wednesday, August 26, 2009

Sila Ambil Perhatian!!!

Taktik Curi Kad ATM Terbaru

KUALA LUMPUR: Polis mengesan taktik baru yang digunakan penjenayah warga asing untuk mencuri kad ATM mangsa di mesin ATM di sekitar daerah Brickfields.

Kumpulan rakyat asing itu terdiri daripada dua atau tiga lelaki dan seorang wanita, semuanya berusia 30-an.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, kumpulan itu akan berdiri di belakang atau mengelilingi sambil memerhatikan mangsa mengeluarkan wang di mesin ATM.

“Setelah mangsa mengeluarkan wang dan ingin mengambil kad ATM, suspek terus menepuk bahu mangsa dan apabila mangsa menoleh suspek akan beritahu wang mangsa jatuh di lantai.


Gambar Hiasan Semata-mata

Pada masa yang sama rakan suspek akan mengambil kad ATM mangsa atau menukarkan kad.
apabila mangsa menoleh untuk melihat wang di lantai, suspek sudah melarikan diri dan apabila melihat semula ke mesin ATM mangsa akan mendapati kad ATMnya hilang atau ditukar dengan kad ATM lain.

Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai berhati-hati ketika mengeluarkan wang di mesin ATM terutama pada musim perayaan.

Sehingga kini, empat kes yang dilapor berlaku di daerah itu.

0 comments:

Post a Comment

Komen lah sebelum anda di komen kan hehehe...

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger template dari 'Ultimatum' Di Ubahsuai 80% Oleh Jimmy 2008-2010

BALIK KE ATAS