Lama dah tak update blog sampai lupa ada blog..
Wednesday, October 17, 2012
Monday, September 27, 2010
Testing Update Blog Guna Hp Windows Mobile Pulak
Update untuk hari sabtu dan ahad..
Saje nak test update guna fon htc dengan opera windows mobile hehe.. best memang best boleh update guna fon. masalah nye lengoh jari dengan tangan nak menaip keyboard kecik ni hehe.
Hari sabtu lepas pegi ke jalan sungai udang dekat teluk pulai klang pergi rumah sepupu dia buat rumah terbuka. Cari jalan teluk pulai sampai terlepas simpang teluk pulai terlajak jauh pulak tu sampai ke station bus port klang dah hujung klang dah tu sikit lagi nak sampai ke jetty ape tah. Patah balik dari station bus ke bulatan simpang tiga baru lah sampai ke teluk pulai. Best jugak duduk di klang ni. Masih ada rasa suasana kampung tak macam duduk di subang ni. Rumah sepupu pulak tepi sungai lagi la seronok.Jiran-jiran pun baik tak sombong. Boleh gak nak tegur nak bergurau.. Ingat pegi makan-makan je rupenye kene keje jadi tukang masak untuk rumah terbuka dia hehe. Menu jamuan dia Laksa Pineng,Laksa kelantan dgn laksam kelantan tak sempat nak ambik gamba sebab sibuk sangat memasak dengan mengemas. Masak punye masak sampai jam dah pukul 6 petang baru berebut nak balik. Bertolak pukul 6 sampai rumah pukul 8 sebab jalan jem gile dr tol sungai rasau sampai ke kampung melayu subang. Rupenye dekat klang hari sabtu orang kerje sampai pukul 5.
Hari ahad... macam biase bangun pagi kemas barang yang nak di angkut ke bukit beruntung sambil tunggu lori datang kemas ape patut dulu. Dah nak habis punggah dah setakat ni. Tinggal sikit je lagi barang ni. Bila sampai ke bukit beruntung tetibe hujan pulak. Habis almari basah hehe. Aku sendiri pun basah kuyup. Sampai-sampai di rumah rase nak demam. Sebelom demam teruk baik makan ubat awal. Nasib baik tak demam hari ni..
Sekian lah untuk hari ini sakit dah jari ni menaip satu-satu hehe.. kita jumpa di lain hari dan waktu.
Friday, September 24, 2010
Yang Sempurnakan Ku – Sixth Sense
Tuesday, September 21, 2010
Tutorial Facebook Photo Zoom
Ops lupa blog ini juga telah di install java script fato zoom... Kalau nak melihat gambar dengan lebih jelas klik pada gambar tersebut dan dia akan zoom dengan sendiri..
Sekian untuk hari ini.. Yang baik datang dari allah yang buruk datang dari saya sendiri terima kasih
Thursday, September 16, 2010
Wednesday, September 15, 2010
Altimet-Syukur
masa untuk ku bangkit lagi,
sebelum mencari sesuap nasi,
perutku dialas sesuap nasi,
subuhku tertinggal lagi,
terus diganti,
terus kelauar dan berlari
bersama warga kota lain sekali
kita semua selari,
motor kereta bas lrt,
yang berbasikal pejalan kaki
dari tauke besar hingga kerani,
semua punya niat sama di hati
biar usaha dan rezeki serasi
walau mendung saujana yang dihadapi,
masih ada mentarim jadi
Syukur, aku masih disini
syukur, aku benafas lagi,
syukur, aku masih berdiri
masih ada kuasa dalam tubuh ini,
Syukur, aku masih disini
syukur, aku benafas lagi,
syukur, aku masih berdiri
masih ada kuasa dalam tubuh ini,
Bil datang lagi,
seakan sebulan dua kali
harap dibayar dalam tujuh hari,
sebelum bekalannya di mati,
terngiang rintihan ibu dan bini
kata mereka perlu itu dan ini
anakku mahu kesana sini
melihat tempat indah dikaca tv,
di otakku, hanya periuk nasi
bil kereta rumah air dan api
aliran pitisku dijaga rapi
ditabung yang lebih didalam laci
hasil usaha keringat di dahi
kerjaku halal jangan dicaci
ku kerah semua tangan dan kaki,
sehingga ku jumpa apa yang dicari, jadi
Syukur, aku masih disini
syukur, aku benafas lagi,
syukur, aku masih berdiri
masih ada kuasa dalam tubuh ini,
Syukur, aku masih disini
syukur, aku benafas lagi,
syukur, aku masih berdiri
masih ada kuasa dalam tubuh ini,
Murahkan rezeki
jadikan aku lebih seperti,
antara mereka yang mempercayai
walau usaha ku kurang memadai
fardhuku lewat beberapa kali,
bila bisikan dia mencuit hati
aku tercandu pada duniawi
tapi aku tetap kembali, jadi,
Syukur, aku masih disini
syukur, aku benafas lagi,
syukur, aku masih berdiri
masih ada kuasa dalam tubuh ini,
Syukur, aku masih disini
syukur, aku benafas lagi,
syukur, aku masih berdiri
masih ada kuasa dalam tubuh ini
Tuesday, September 14, 2010
...
Read more...
Sunday, May 02, 2010
Blog Ditutup Buat Sementara Waktu
Harap maaf blog ini di tutup buat sementara waktu kerana kerja-kerja menaik taraf blog sedang di jalankan sekian terima kasih.. yg benar tuan punya blog :P
Read more...Monday, October 19, 2009
Wednesday, September 16, 2009
Raihan ft Hujan Salam AidilFitri Ayahanda dan Bonda
Dah banyak orang lain post lagu ni kat blog depa.. Aku tak kira nak post jugak. Blog aku sukahati den la nak letak ape hehehe..
Terkenang Di Ketika Itu
Ku Dimanja Dan Disayang Selalu
Apa Saja Kemahuan Diri
Akan Cuba Dipenuhi
Walau Hidup Dalam Kesukaran
Kau Kan Cuba Untuk Membahagiakan
Demi Anak-Anak Yang Tersayang
Kau Berdua Kan Berkorban
Tetapi Baru Kusedari
Tidak Mungkin Kan Terbalas Budi
Pengorbanan Mu Tiada Ternilai
Hanya Tuhan Kan Membalasnya
Salam Aidilfitri
Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup Berbakti
Pabila Menjelang Lebaran
Baju Baru Kan Disediakan
Walau Mungkin Kami Tak Mengerti
Keperitan Saat Itu
Namun Wajahmu Terus Barcahaya
Oh Sucinya Kasih Sayang Itu
Di Bibir Mu Kan Menguntum Senyum
Andai Anakmu Bahagia
Salam Aidilfitri
Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup BerbaktiDi Aidilfitri,Di Aidilfitri
Read more...
Tuesday, September 15, 2009
Apakah tuntutan sebenar Hari Raya?
SYUKUR ke hadrat Allah SWT yang telah mensyariatkan puasa Ramadan dan diikuti dengan menyambut Hari Raya.
Seluruh umat Islam di mana sahaja mereka berada, tidak ada yang mahu ketinggalan melainkan yang tidak mampu untuk turut sama berhari raya.
Islam mensyariatkan dua kali sahaja hari raya dalam setahun, iaitu Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Qurban.
Dalam kedua-dua hari raya ini dengan jelas disyariatkan umat Islam bertakbir memuji Allah SWT dengan kalimah-kalimah syahdu yang berkumandang.
Mahfum takbir dan tahmid tersebut ialah, “Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah lah Yang Maha Besar dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya, di waktu pagi dan petang, siang dan malam, tidak ada tuhan melainkan Allah, Dia sahaja yang berhak disembah, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan kita diperintah untuk menjadi orang yang menyerah diri sepenuhnya kepada Allah SWT.”
Apapun ungkapan kata-kata tersebut, semuanya menuju kepada membesarkan Allah SWT, boleh dikatakan setiap muslim tidak mahu ketinggalan dalam setiap hari raya untuk menyebut dan mengulangi Allah Yang Maha Besar! Allah Yang Maha Besar! Allah Yang Maha Besar!
Di sinilah dapat dilihat dengan mudah tuntutan sebenar dari dua syariat hari raya adalah untuk membesarkan Allah SWT.
Persoalan yang timbul, apakah umat Islam hari ini yang telah saban kali menyambut hari raya dengan menyebut Allahu Akbar beratus ribu kali di bulan Ramadan, hari raya dan selepas hari raya dengan kalimah azan, iqamah dan kalimah yang disyariatkan dalam solat, sudahkah penghayatan sebenar sebutan Allahu Akbar itu disempurnakan oleh manusia?
Di sinilah letaknya persoalan antara ibadat yang ritual yang ditunaikan secara kebiasaan dengan ibadat hakiki yang ditunaikan untuk mendapat hikmah sebenar daripada pensyariatan ibadah.
Khusus kepada hari raya yang Allahu Akbar itu menjadi tunjang kepada sambutan yang penuh bermakna dengan mengajakseluruh ummah dari pemimpin yang paling atas, paling berkuasa sehingga kepada yang paling bawah, semuanya dituntut untuk mengagungkan Allah SWT.
Makna yang sebenar daripada pengagungan tersebut adalah merupakan suatu konsep pegangan dalam kehidupan ini bahawa Allah sahajalah tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya.
Secara khususnya, Allah SWT sahajalah yang berhak mensyariatkan kepada manusia, peraturan dan undang-undang untuk dilaksanakan.
Hari raya mengajak manusia meletakkan undang-undang Allah di atas segala undang-undang.
Hari raya juga mengajak supaya manusia menghormati dan melaksanakan undang-undang Allah, tuntutan Allah tanpa mencari alasan yang dangkal untuk menidakkan hukum-hukum Allah.
Puasa Ramadan yang mengajar kita mengekang hawa nafsu, menahan diri dari segala macam kemaksiatan boleh memungkinkan berlakunya kejernihan hati, keutuhan peribadi untuk menjunjung perintah Allah.
Jika latihan di bulan Ramadan berhasil, nescaya akan lahir suatu keinginan yang amat mendalam untuk menjadi umat Islam yang mencintai agamanya, Allah sebagai tuhannya dan mencintai saudara seislamnya, menginginkan jihad terlaksana dengan menjadikan Islam itu kuasa tertinggi yang terterap dalam masyarakat.
Ini adalah supaya Islam akan dijadikan sebagai agama yang terjamin ketinggian, keutuhan dan kemajuannya.
Hari raya adalah hari besar yang tidak mungkin Allah mensyariatkannya semata-mata untuk bersuka ria dan jauh sekali seperti yang berlaku dalam masyarakat kita dengan melayan kehendak nafsu sehingga melanggar batasan syarak, dengan hiburan murahan dan perlakuan yang jelas melanggar hukum-hukum Allah SWT.
Jika itulah hari raya yang dirayakan di mana program-program yang diminati masyarakat melalui media-media elektronik dan cetak dipenuhi dengan berbagai program hiburan, lagi-lagi hiburan yang tidak bersendikan kepada peraturan syarak.
Maka jadilah ia akhirnya suatu hari raya untuk bersukacita dan bersukaria. Jika itulah tuntutannya, maka apakah hikmah itu memberi guna kepada manusia sedangkan manusia ini sudah begitu lama dilalaikan dengan hiburan.
Apakah tidak ada suatu usaha yang serius dibuat untuk mendidik ummah bagi mengajak mereka merayakan hari raya dengan mendekati perintah-perintah Allah, membesar dan mengagungkan Allah dan kepimpinan Rasullah s.a.w, melaksanakan syariat Allah sebagai suatu tanda kesyukuran dan terima kasih kepada Allah SWT.
Allah SWT yang telah melimpahkan kepada kita kemudahan hidup serta kenikmatan yang semakin hari berlipat ganda, semuanya itu adalah anugerah Allah kepada manusia.
Bagi menyatakan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada Allah SWT, tentulah jalan yang sebaik-baiknya adalah dengan mengajak diri kita serta masyarakat sekelian mematuhi tuntutan sebenar daripada hari raya.
Hendaklah kita menjadikan diri kita hamba kepada Allah, bukan hamba kepada lainnya seperti menjadi hamba kepada tuntutan syahwat.
Manusia sebenarnya adalah hamba, kalau mereka tidak menjadi hamba kepada Allah SWT, maka pasti mereka akan menjadi hamba kepada makhluk Allah iaitu hawa nafsu yang jika tidak ditangani dengan baik, ia mempunyai kekuatan untuk menundukkan manusia supaya mempertuhankannya.
Sebab itu Allah SWT sebutkan dalam al-Quran yang bermaksud, “Apakah kamu tidak melihat manusia-manusia yang telah mengangkat hawa nafsunya menjadi tuhannya, dengannya ia akan tersesat jalan walaupun ianya seorang yang berpengetahuan tinggi.”
Ayat ini mengingatkan kita kepada hikmah berhari raya, jangan sampai kepada menjamu selera hingga membawa kepada perlanggaran batas-batas syarak.
Jangan pula sampai nafsu menjadi tuhan yang secara sedar atau tidak, mereka menjadi hamba tawanan kepada nafsunya, dengan mentaati segala kehendak nafsunya dan membelakangi tuntutan Allah, tuhannya yang mengakibatkan ia tersesat jalan, jauh terbabas ke lembah kehinaan.
Atas itulah maka hari raya mesti diingati sebagai satu pendorong yang mengajak manusia melihat kembali kepada sasaran yang ditujukan dalam kehidupan, samada mengagungkan Allah atau sebaliknya.
Atas itu juga maka salah satu daripada tuntutan syarak ialah mengingatkan manusia semula kepada diri mereka, mengajak melaungkan takbir raya dengan mengagungkan Allah sehingga jadilah hari raya itu benar-benar menepati sasarannya.
Sasaran tersebut adalah dengan mengajak manusia bersyukur ke hadrat Allah kerana telah berjaya melaksanakan tugas puasa Ramadan semata-mata kerana Allah dan berhari raya sebagai tanda berterima kasih ke hadrat Allah SWT.
Tidak ada ertinya hari raya itu bagi orang yang kalah menentang hawa nafsunya, bukan sahaja kalah kerana
tidak berpuasa Ramadan, tetapi kalah dalam tuntutan-tuntutan yang lain daripada puasa seperti menegakkan maaruf kerana Allah, mencegah kemungkaran kerana Allah dan menegakkan syariat Allah kerana Allah.
Selamat berpuasa dan selamat berhari raya. Maaf zahir batin.
SUMBER DARI TAZKIRAH USTAZ DI MASJID MALAM TADI
Read more...
Monday, September 14, 2009
Pejam celik pejam celik dah nak sebulan dah kita berpuasa. Alhamdulillah tahun ni tamat puasa den hehe. Tarawih pun tamat dengan cemerlangnya tahun ni alhamdulillah. Kad raya ni diberi oleh wan hazel sempena nak sambut hari raya yang akan menjelang tiba tak lame lagi. Mekasih pada wan sebab sudi bagi kad raya muuuuuuuuahhhh lop u so much hehe..
Friday, September 11, 2009
Surah An-Nass
Surah An-Nas (سورة الناس) adalah surah ke 114 dan merupakan surah terakhir dari Al-Quran. Ia adalah doa 6 ayat ringkas, meminta kepada Allah untuk perlindungan dari Syaitan. Ia adalah surah Makkiyah.
Ia dan Surah Al-Falaq adalah bersama diistilahkan mu'awwidhatayn; diperlakukan dengan kasarnya tema yang sama, mereka membentuk pasangan semulajadi. Terdapat tradisi Sunnah dalam membacanya ke atas yang sakit atau sebelum tidur.
[1]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
[2]
"Yang Menguasai sekalian manusia,
[3]
"Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
[4]
"Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -
[5]
"Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -
[6]
"(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".
Wednesday, September 02, 2009
Rumah Permainan Lego
Hos program pemotoran di televisyen, Top Gear, James May berjanji akan tinggal dalam sebuah rumah yang dibina dengan menggunakan peralatan permainan Lego, lapor sebuah akhbar semalam.
Rumah itu yang terletak di Estet Denbies Wine di sini, England dijangka siap dibina pada hujung minggu ini.
"Saya akan tinggal di rumah itu selama dua atau tiga hari,," kata May.
Jika siap dibina, ia merupakan rumah Lego pertama di dunia.
Idea untuk membina rumah itu muncul semasa dia dan beberapa rakan sekerjanya sedang minum bersama dan berbincang apa yang mereka mahu bina ketika di zaman kanak-kanak.
Orang ramai turut terlibat pada peringkat awal pembinaan rumah itu sebelum kerja pembinaannya diambil alih oleh pekerja-pekerja profesional dengan menggunakan lebih dua juta blok Lego
Read more...
Saturday, August 29, 2009
Netbook Pertama Dari Nokia
Spec:
* prosesor Intel Atom
* ukuran yang mini
* layar 10 inch, Port HDMI
* Wifi, Bluetooth
* GPS Receiver
* Aplikasi Nokia OVI Map
* Built in 3G/HSDPA Modem plus webcam.
* Hot Swappable Kartu SIM
* Boleh menukar SIM tanpa perlu mematikan Nokia Booklet 3G
* Dengan berat hanya 1,25 Kg dan tebal cuma 20mm,
* Nokia Booklet 3G diklaim mampu bertahan selama 12 jam untuk sekali charge.
Read more...
Friday, August 28, 2009
Sebuah Cerita Benar Dan Bukan Cerita Rekaan
Tunang aku adalah seorang cikgu sekolah rendah di kawasan yang agak jauh dari pembangunan.Kawasan sekolahnya dikelilingi dengan kawasan penempatan Felda yang sangat dibanggakan oleh anak Tun Razak sekarang ini.Mungkin kerana nasib guru-guru muda kebanyakannya masih baru nak belajar menjadi guru,kebanyakan guru-guru muda dihantar ke kawasan2 pedalaman.
Pada awalnya mungkin kelihatan lebih relaks dan lebih tenang,maklumlah,sekolah dikelilingi kawasan kampung dan boleh dikatakan satu komuniti kampung kenal semua cikgu-cikgu sekolah.Yang paling penting,ibu bapa di sini masih lagi berpegang kepada prinsip lama,guru mempunyai tanggungjawab mengajar dan apa saja yang dilakukan oleh guru adalah untuk kebaikan anak mereka.

Kuranglah kes ibu bapa datang ke sekolah menyerang guru yang merotan anak mereka.Tidaklah juga kedengaran maki hamun mak bapak bila anak mereka bersalah kes disiplin.Mungkin taraf hidup yang lebih rendah berbanding mereka di bandar membuatkan ibu bapa ini berasa bersyukur dan lebih menghargai usaha yang dilakukan oleh cikgu-cikgu sekolah situ.
Banyaklah jugak tunang aku bercerita mengenai perihal yang terjadi dalam kelasnya.Ada budak terberak dalam seluar,dia kena cucikan.Ada budak menangis sepanjang kelas.Ada jugak seorang bapak yang terpaksa ponteng menoreh getah untuk memastikan anak dia dapat belajar.
Minggu lepas,tunang aku menceritakan kepada aku mengenai satu kes seorang pelajar perempuan darjah 6 yang ditangkap kerana menyimpan RM200 lebih dalam beg sewaktu spot check.Bila ditanya nak buat apa duit tu,pelajar itu mendiamkan diri.Baik budaknya,kata tunang aku.Belajar rajin dan tak pernah buat hal.
Soal punya soal akhirnya mengaku lah budak perempuan itu dari mana datangnya sumber duit dia.Duit itu dicurik daripada salah seorang cikgu sekolah nya,salah seorang cikgu di situ.Terkejutlah mereka semua.
Cikgu disiplin sekolah,dengan misai kucingnya pun menyoal,"Nak buat apa dengan duit tu?"
Pelajar itupun menjawab,"Nak bayar repair motor."
"Motor sapa?"tanya cikgu tu lagi.
"Motor kawan.Boifren saya eksiden masa bawak motor tu.."jawab dia lemah.
"Eh,awak ada boifren dah?"terkejut cikgu disiplin itu,membuatkan misainya sedikit bergoyang.
"Ak aah.."
"Siapa dia?" tanya lagi cikgu itu.
"Hafiz" jawab pelajar itu.
"Hafiz mana ni?" tanya dia lagi.
"Hafiz yang belajar sini dulu."
Lalu cikgu-cikgu di situ pun menyoal lagi sehinggalah mereka dapat mengenal pasti siapa Hafiz itu.Hafiz adalah seorang bekas pelajar sekolah rendah itu yang kini sepatutnya berada dalam tingkatan 5 tapi telah pun menamatkan zaman sekolah lebih awal,mungkin kerana malas dan kurang motivasi.
"Awak darjah 6,awak ada boifren umur 17 tahun?"tanya cikgu tu lagi.
"Iye cikgu."
"Macam mana awak boleh berboifren gelfren dengan dia?"
"Dia hensem cikgu..muka macam Zahid AF.." (jawapan rekaan aku)
"Sepanjang awak jadi gelfren dia ni,apa lagi dia mintak awak buat?"
"Saya curikkan duit untuk dia je cikgu," jawab gadis tu.
"Apa lagi awak dah buat ni?"
"Ada lagi cikgu.."terketar-ketar dia jawab.
"Buat apa?" tanya cikgu tu lembut,kononnya mengunakan taktik untuk memujuk.
"Saya dah tidur dengan dia.." jawab pelajar tu.
"Bila last awak tidur dengan dia?"
"Minggu lepas.."jawab dia.
"Dah banyak kali dia ajak awak tidur ngan dia?"
"Ada lah dalam 4,5 kali cikgu.."
Pihak sekolah akhirnya terpaksa mengambil keputusan berat untuk memanggil ibu kepada pelajar sekolah tersebut untuk diceritakan mengenai kisah anak dia ni.Menangis meraung mak budak ni mendengar nasib anak perempuan dia.
Kesimpulannya; kadang2 seolah-olah kisah yang aku dengari tak berapa dapat dipercayai.Ye lah,aku masa umur aku 12 tahun,masa tu aku baru aje berjinak2 untuk suka tengok gambar perempuan seksi.Tapi tak pernah pun terlintas dalam fikiran aku nak tidur dengan perempuan melainkan rasa-rasa seronok yang tiba2 muncul dalam kepala apabila melihat gambar perempuan2 seksi.
Tapi dengan zaman global yang makin pesat,mungkin pendedahan awal kepada bahaya gejala seks perlu diterapkan kepada perempuan.Satu masa dulu aku nak tengok cleavage pun punyalah susah tapi sekarang ni bila aku bukak aje MTV akan terpampang lah dua bukit besar bergoyang-goyang di depan mata aku.Mungkin pendedahan awal dapat menakutkan gadis2 remaja daripada melakukan hubungan seks.Bila timbul rasa takut,ia akan membuatkan seseorang gadis itu berfikir dahulu sebelum menyerahkan tubuh mereka.
Sekarang baru 2009,generasi muda zaman sekarang sudah menjadi se-advance ini,bayangkan bagaimana hebatnya mereka 20 tahun lagi.Adakah kita akan terus menyalahkan kapitalisme dan penyebaran pemahaman barat waktu itu?Atau mungkin sudah sampai masanya kita mengaku yang kita sebenarnya hanya mampu berbangga dengan adat resam Melayu yang gah tetapi apabila wujud kejadian yang melanggar hukum adat dan agama,kita hanya mampu menyalahkan orang lain.
Adakah kejadian dan kes seperti ini salah orang barat?
Atau sebenarnya ini semua salah kita yang sebenarnya tidak peka dengan perubahan budaya yang makin menjunam?
Kredit To DewaKematian
Read more...
Wednesday, August 26, 2009
Sila Ambil Perhatian!!!
Taktik Curi Kad ATM Terbaru
KUALA LUMPUR: Polis mengesan taktik baru yang digunakan penjenayah warga asing untuk mencuri kad ATM mangsa di mesin ATM di sekitar daerah Brickfields.
Kumpulan rakyat asing itu terdiri daripada dua atau tiga lelaki dan seorang wanita, semuanya berusia 30-an.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, kumpulan itu akan berdiri di belakang atau mengelilingi sambil memerhatikan mangsa mengeluarkan wang di mesin ATM.
“Setelah mangsa mengeluarkan wang dan ingin mengambil kad ATM, suspek terus menepuk bahu mangsa dan apabila mangsa menoleh suspek akan beritahu wang mangsa jatuh di lantai.
Pada masa yang sama rakan suspek akan mengambil kad ATM mangsa atau menukarkan kad.
apabila mangsa menoleh untuk melihat wang di lantai, suspek sudah melarikan diri dan apabila melihat semula ke mesin ATM mangsa akan mendapati kad ATMnya hilang atau ditukar dengan kad ATM lain.
Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai berhati-hati ketika mengeluarkan wang di mesin ATM terutama pada musim perayaan.
Sehingga kini, empat kes yang dilapor berlaku di daerah itu.
Mintak Maaf Puan Ong Saya Makan Halal Sahaja
Saya masak ayam bukan masak babi..babi..babi..babi hehe.. Malam tadi aku tak dapat tido So aku layan youtube mane tau mate boleh mengantok ke.. Bila tengok-tengok video dalam youtube aku ternampak video ni. Seronok bila tengok video ni. Kisah Adibah Noor mengajar Puan Ong sembelih ayam dengan cara islam. Malas nak taip panjang-panjang korang layan je video ni.
Sepatutnya video macam ni patut di buat banyak-banyak. Bagi orang bukan islam sedar sikit apa orang islam boleh makan dan tidak boleh makan.. Kenape video ni tak di iklan kan di tv ye?
Friday, August 21, 2009
Selamat Berpuasa Semua
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
Tuesday, August 18, 2009
A Beautiful Hadith
A Beautiful Hadith
Hadis yang Menarik
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'
Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'
When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'
Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because
Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:
'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.
'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'
May Allah bestow this favour on all of us.
"Mengapa perlu mencari kesempurnaan jika diri juga x sempurna
Mengapa perlu mencari kejujuran jika diri juga tak pernah jujur"
Read more...


















