KUCHING 9 Mei
Pengguna Internet di kawasan Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri akan menikmati liputan Wifi yang lebih luas hasil daripada projek meningkatkan mutu liputan yang dikendalikan oleh sebuah syarikat tempatan, Danawa Resources Sdn. Bhd.
Untuk kawasan bandar raya Kuching, sebanyak 70 stesen pangkalan akan disediakan dan daripada jumlah itu, sembilan sudahpun dipasang. Kesemua stesen yang siap dipasang ini mampu menyediakan perkhidmatan Wi-Fi kepada 32 kawasan perniagaan, perumahan dan institusi akademi.
Bagi Sibu, sebanyak 25 stesen pangkalan Wi-Fi dirancang di mana tujuh daripadanya telah siap dipasang dengan kebolehan memberikan kawasan liputan di 24 kawasan perniagaan, institusi akademik dan kawasan perumahan.
Bagi Miri, sebanyak 40 daripada 50 stesen Wi-Fi telah dibina dan mampu memberi liputan kepada 44 kawasan.
Bagi kawasan Bintulu, pelaksanaan stesen Wi-Fi akan dilaksanakan pada bulan ini atau bulan hadapan dengan pembinaan 25 stesen.
Pengguna Internet di Kuching, Sibu dan Miri akan menikmati akses jalur lebar yang lebih pantas selewat-lewatnya penghujung tahun ini.
Saturday, May 10, 2008
4 kawasan dapat liputan Wi-Fi Di Sarawak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment