Saturday, May 10, 2008

Jimat minyak cara Shell

TIDAK semua minyak menjimatkan. Bagaimanapun, syarikat gergasi Shell membuktikan minyak dihasilkannya mampu memberikan penjimatan kepada pengguna setianya.Menerusi kaji selidik dilakukan dengan Guinness Anchor Berhad (GAB) yang penggunaan kenderaan syarikatnya tinggi untuk penghantaran barang mendapati minyak Shell mampu memberikan penjimatan.

Kerjasama itu menyaksikan pemantauan terhadap jumlah penggunaan minyak pemandu yang memandu dari Melaka, Johor, Kuantan, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Mereka turut diberikan panduan berhubung tip penjimatan minyak Shell dan jenis minyak.Kaji selidik itu memasukkan maklumat bacaan odometer setiap kali mengisi minyak di Shell, pengumpulan data, latihan penjimatan minyak untuk pemandu dan pemandu memandu selama empat minggu menggunakan Shell Super.

Hasilnya 41 peratus responden mengatakan Shell memberikan penjimatan ekonomi lima hingga 20 peratus.Pasangan Taylors yang dibawa khas untuk memberi panduan penjimatan minyak sebelum ini berjaya mencipta rekod mengelilingi dunia dalam masa 78 hari dengan 24 tangki penuh minyak (1,303 liter).Pengarah Urusan Shell Trading (M) Sdn Bhd, Datuk Mohzani Abdul Wahab, berkata teknik penjimatan diajar Taylors sesuatu yang mampu dilakukan semua pengguna kenderaan.

“Mudah dan praktikal, petua penjimatan ini hanya memerlukan seseorang pemandu menjadi lebih berdisiplin. Apa juga jenis kenderaan, gaya pemanduan yang betul boleh memberikan penjimatan sehingga 20 peratus,”

katanya.

0 comments:

Post a Comment

Komen lah sebelum anda di komen kan hehehe...

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger template dari 'Ultimatum' Di Ubahsuai 80% Oleh Jimmy 2008-2010

BALIK KE ATAS